Aku tak tahulah siapa kepala dia yang membuatkan friendly match  internasional antara Negeri Sembilan dan Persebaya ni jadi kenyataan.  Apa yang aku boleh cakap kan cuma terima kasih yang tidak terhingga  sebab satu perlawanan friendly yang dinanti-nantikan jang-jang yang  tegar sekalian akan berlangsung ahad ni tak lain tak bukan di STAR of  Paroi.
Apa best sangat ke Persebaya punya team ni sampai ramai sangat yang  excited nak pergi? Famous sangat ke Persebaya ni? Kuat ke?. Ramai yang  tak amik tahu pun pasal friendly match ni. Kalau Negeri Sembilan lawan  Menyu mungkin jugak ramai yang akan amik perhatian.
Tapi bagi yang sehati sejiwa, yang tegar, yang bega, yang cintakan skuad  jang, semua akan menganggap game ahad ni tersangat penting. Malaysia  dan Indonesia ni ibarat adik-beradik yang tak pernah habis nak bergaduh.  Tapi kadang-kadang ada masanya kita ni berbaik. Samalah macam adik  abang. Kalau bergaduh bukan main. Bila nak memerlukan baru nak berbaik.  Macam tu lah jugak Malaysia dan Indonesia.
Bagi aku dan geng-geng UN9 aka Buffalo Soljah yang lain, perlawanan ahad  ini bukan sahaja di antara Negeri Sembilan dan Persebaya. Tetapi ahad  ini juga pertembungan di antara Ultras Nogori dan Bonek Mania. Bonek  merupakan penyokong nombor satu persebaya yang dianggarkan seramai 3  juta orang kesemuanya. Diorang ni semua memang sanggup hidup mati untuk  persebaya dan boleh dikatakan antara penyokong paling hardcore di Indonesia.
Apa-apa pun, diharap semua dapat turun ke STAR of Paroi Ahad ni untuk  sama-sama kita memeriahkan suasana. Lagi cantek kalau join UN9 di KONA  4C. Suara anda semua amat diperlukan. Kita pastikan ahad ini semua warga  Surabaya akan ingat PAROI sampai mati.
Kepada Persebaya dan Bonekmania, SELAMAT DATANG KE TANAH BERADAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS!!
from http://ultrasnogori.blogspot.com/2012/03/bonek-dan-persebaya.html
 
No comments:
Post a Comment