Macam selalu orang cakap , ultra itu tiada nama . hanya kawan  mengenalinya . itu bagi aku typical statement yang dicelup dari  ultras-tifo.net . bila tanya , itu orang akan jawab . mungkin orang itu  sendiri ambil dari page 'ultras-ultras' . Kebelakangan ini , nama Ultras  Malaya naik . angkara media dan sebuah portal bolasepak . media telah  mengangkat UM sebagai 'scene' penyokong yang baru . portal itu pula  menghentam UM kerana panggil orang tak patriotik ketika Malaysia kalah  kepada Bahrain temph hari .
Ini pendapat aku . portal itu tak salah sepenuhnya cuma ayat dia yang  mencengkam jiwa . aku sendiri ikuti portal itu . sebenarnya mungkin  bukan semua dalam UM kata penyokong lain tak patriotik , tapi macam kata  pepatah - setitik nila , rosak susu sebelanga . begitu juga jadi padas  UM . mungkin yang cakap tu konon nak dabik dada bahawa dia seorang yang  patriotik kerana stay sampai 90minit . 
Come on , siapa yang tengok Menyu vs Mensiti tempoh hari juga tahu yang  fans Menyu ada yang dah tinggalkan game ketika dah kena 1-4 . time kena  1-6 jangan cakap lah . selalu game game BPL pun fans akan tinggalkan  game jika pemain dan pasukan itu bermain teruk . siapa tak sakit hati  kalau main tendang ikut sesuka hati , pass merewang , defend macam  kartun dan sebagainya . mereka bayar RM20 mengharapkan sinar harapan  tapi itulah , takde rezeki . 
Yang dah lama dalam scene UM juga tak boleh buat apa . nak taknak , kena  hadap . but atleast people now know who is Ultras Malaya and other  ultras . ni mukadimah . aku nak ingatkan sikit je tentang hal patriotik  tu .
Okay , who is ultra ? tiada orang tahu . ini pesanan dari aku yang tak sampai setahun dalam scene ni . ibarat masih me-nenen . 
Jangan claim anda ultra Tak perlu nak claim anda  ultra , tak perlu nak merendahkan neutral fans yang lain . ultra sangat  ke sampai fans yang sama sama sokong pun kau nak rendahkan ? kau nak  meramaikan orang dalam gerakan ni tapi kau membanakan pemakan kuaci ,  pemaki dan sebagainya . aku lebih rela dengar orang memaki dari dengar  air-horn tu . pemakan kuaci dan pemaki tu semua lagi setia dari kau  sebenarnya . ada yang baru berumu 20an tapi nak marah marah kat pakcik  yang 50an . apa yang kau tahu pasal scene bolasepak Malaysia selain join  ultra ? mungkin tanya pasal Bekamenga pun kau terpinga pinga . aku  kelaskan kau sebagai bangang sombong .
Tiga cores - Disiplin , Jiwa , Kerjasama Takde  salah satu , ranap . kau takde displin , merewang sana sini lompat dan  sebagainya tanpa ada gerakan terancang , adakah nampak cantik gerakan tu  ? kau datang tapi setakat tepuk tepuk lemah , keluar suara macam budak  demam panas , adakah cukup ? kau datang awal tapi bantai makan burger  kurang timun , daging mentah tapi mahal tu semua , bila orang panggil  kau untuk tolong bawak flag dan gendang , kau bantai buat buat sakit  perut dan perlu ke tandas kerana kononnya najis kau sedang meleleh .  kerjasama ke tu ? 
Setakat ada baju , tapi jenis pemalas semuanya , elok kau pancutkan baka  tak elok kau dan buang di atas baju tu . kau beli lah baju seluruh  dunia sekalipun tapi tiga benda atas ni kau takde , baik kau simpan duit  tu beli perkakas dapur . mungkin ada yang boleh ditambah lagi tapi tiga  ni penting . 
Masuk untuk popular Yang ni bangang . serius  bangang . kau masuk , amek gambar kau sendiri guna camera 3.2megapix kau  then upload kat facebook . muka wajib bermafla . kemudian caption -  saya ahli ultra . kau pikir ni apa ? realiti show ? kau nak popular ,  pergi masuk Anda Ada 60 Saat . aku tak kisah kalau kau bermafla untuk  elakkan asap tapi ada yang bermafla kat rumah kemudian masukkan dalam  album mobile uploads dekat facebook . bila dekat curva , suara hilang .  demam panas mungkin .
Kalau nak gambar cantik , duduk dekat tengah curva tu dan amek gambar .  shot yang menarik . lately , ramai amek gambar macam tu . tapi bila  babitkan ultras negeri , kau tak berani amek gambar macam tu sebab orang  yang join sikit . kau hanya duduk di hujung hujung dan buat buat tak  kenal orang . bila time UM , habis semua orang lama kau kenal . join  ultras negeri , besarkan ia macam UM . be among the people who make the  culture grow . 
Aku rasa ini sahaja kot aku nak tulis buat masa ni . kalau ada apa apa  pertambahan , aku buat part two . ubah sebelum terlambat . 
Baru aku perasan yang agak berat nak tulis tentang ultra ultra ni. Aku  nak tulis perkataan ultra pun takut. Aku gagahkan diri juga. Kali ni aku  tambah lagi dua isi aku. Pernah satu ketika aku harap yang sokongan  cara ultra ni menjadi satu cara penyokong meluahkan sokongan mereka  terhadap pasukan itu atau team itu sendiri. Tetapi aku sudah rasa  harapan aku itu hilang sedikit demi sedikit. Mengapa aku kata begitu ?  Mari aku cerita. 
Ultra hanya ramai ketika diatas , sedikit ketika ditengah , hilang ketika dibawah. 
Mungkin orang akan kata ,
'Kau memandai je cakap ultra sikit ketika ditengah.  Habis time lawan  Bahrain tu apa ? Walaupun Malaysia kalah kepada Syria sebelum tu , makin  bertambah je aku tengok'.
Okay abang , saya akui ye bertambah. Tetapi bagi yang mengikuti Liga  Malaysia , dimana mereka ini semua dikala pasukan negeri mereka main ?  Kalau di Negeri Sembilan , ultra hanya ramai ketika Semi-final Piala FA.  Even ketika suku akhir pun tak ramai mana. Dimana abang abang sekalian  ketika di pertengahan Liga Super ? Dimana abang abang semua ketika  Negeri Sembilan dicop belasahan ? Dimana abang abang semua ketika Negeri  Sembilan jatuh sedikit demi sedikit ?
Abang , tengok dari jauh ke ? Kenapa malu nak join ? Kerana pasukan  kalah ? Kerana Negeri Sembilan dicop pasukan belasahan ? Even last game  Liga Super pun , tak ramai seperti dijangka kan. Ketika Semi Final Piala  FA, gah masing masing. Abang abang semua pandang adik adik macam saya  ni hina sangat. Konon kami ni hanya join untuk suka-ria. Saya hanya  tunggu dikala Negeri Sembilan terumbang ambing , abang dimana ketika  itu. Mungkin sibuk menghisap cerut , makan malam bersama keluarga di  Syafiqah Tomyam atau sibuk melepak bersama kawan menonton Twilight :  Breaking Dawn Part II. 
Merendahkan orang yang menonton Liga Luar Negara
Adik ada juga perasan golongan ini. Mereka akan kata ,
'Luar negara kau support , dalam negara kau tak support'
Siapa anda untuk menilai mereka sebegitu rupa ? Ya mereka memakai baju  Menyu , Mensiti , Celsi , Asenel tetapi mungkin mereka berhati Malaysia  juga. Adik tak suka orang memaksa maksa ni. nanti jiwa yang datang dari  hati kita sendiri , tiada. Ambil contoh , rakan anda selalu paksa anda  masuk golongan ultra. Jika tak masuk , nanti dikata ketinggalan zaman.  Percayalah , jika anda masuk kerana dipaksa , anda akan rasa yang ultra  dan anda tidak masuk. Jika anda jenis pemakan kuaci , teruskan. Mungkin  suatu hari anda akan dapat 'hidayah' tentang ultra .
Maaf , lari topik sekejap. Jika anda die-hard luar negara , teruskan  tetapi dalam masa sama ambil juga tahu tentang Liga Malaysia. Mungkin  anda tak mampu menyokong kesemua game , home and away tetapi atleast  anda ada pergi stadium dan bersorak untuk pasukan negeri anda sendiri.  Ada orang yang dia die-hard luar negara dan dalam negara. Bagi adik ,  luar negara ni boleh dinilai permainannya. Cantik , kemas , teratur.  Berbeza dengan dalam negara yang tidak seteratur luar negara. Tetapi ,  minat anda terhadap dalam negara akan bertambah jika anda ambil tahu  tentang pasukan negeri anda. Luar negara bukan tanah tumpah darah kita.
Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut busukkan.
Ultra , suatu perkataan yang anda tak patut manipulasikan untuk kepentingan sendiri.
Ultra , tiada siapa tahu akan maksudnya yang sebenar dan orangnya.
from : http://ninthmania.blogspot.com/2011/12/siapa-itu-ultra.html
 
No comments:
Post a Comment