Tuesday 17 July 2012

Pengenalan Southern Troop Ultras (STU)

Siapa Kami?




Southern Troop Ultras (STU) merupakan kumpulan ultras Johor.

Tertubuh secara rasmi pada 6 Mac 2010 untuk memberi sokongan padu secara tersusun
kepada setiap pasukan bola sepak di negeri Johor
iaitu JohorFA, JohorFC, MP Muar dan lain-lain.

Ultras secara ringkasnya merupakan ideologi menyokong sesebuah pasukan
secara tersusun dan sentiasa bersorak selama perlawanan berlangsung
pada tak kira situasi, ketika menang apatah lagi di ambang kekalahan

Oleh itu, ia bukan sebuah fan club,dan juga bukan pasukan sorak
seperti cheerleading pasukan sekolah.

4 elemen di bawah membezakan ultras dengan yang lain

  1. Tidak pernah henti menyanyi dan bersorak, tidak kira apa jua keputusan semasa perlawanan
  2. Tidak pernah duduk, sebaliknya sentiasa berdiri selama mana perlawanan berlangsung

3. Menghadiri seberapa banyak perlawanan home dan away,tanpa mengira kos dan jarak terpaksa diharungi
4. Setia pada *curva



Gambar dipetik dari acmilan.com

*dipetik dari perkataan latino,curva. Dalam istilah Bahasa Inggeris,"curve" bermaksud lengkung. Merupakan satu kawasan di dalam stadium yang akan dipilih Ultras sebagai tempat mereka, kebiasaannya di tempat melengkung dan bertentangan dengan grandstand (tempat duduk utama),dan dibelakang post goal.

from : http://southerntroopultras.blogspot.com/2010/04/pengenalan-southern-troop-ultras-stu.html

No comments:

Post a Comment