Tuesday 17 July 2012

Jang Brigade !

JANG BRIGADE

Jang Brigade bukan sebuah kelab atau persatuan tetapi merupakan komplot anak-anak muda Negeri Sembilan sebagai penyokong tegar pasukan bola sepak Negeri Sembilan yang berkomplot bersama Ultras Nogori 9 dan Ninth Mania. Juga berkomplot bersama Ultras Malaya untuk menyokong pasukan kebangsaan, Malaysia.

Kelahiran kami bukanlah untuk menggantikan kelab penyokong yang sedia ada seperti kelab e-penyokong dan lain-lain. Kami cuma ingin menerapkan budaya "ULTRAS" ke seluruh pelusuk negeri. Banner, tifo, chants, corteo, pembakaran flare dan pelbagai cara akan kami lakukan bagi memeriahkan perlawanan terutamanya di Stadium Tunku Abdul Rahman(STAR), Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.

Memegang tanggungjawab sebagai "pemain ke-12", kami memberi sokongan tanpa henti kepada pasukan Negeri Sembilan, menang atau kalah, merupakan pegangan utama kami.

SEJARAH
Bermula dengan tiga orang yang tidak jemu menyokong pasukan Negeri Sembilan di setiap perlawanan. Tanggal 1 Januari 2011,  pembukaan kumpulan di laman sosial Facebook yang bertujuan mencari rakan-rakan yang tegar menyokong pasukan Negeri Sembilan dari seluruh pelusuk negeri.

Kemudiannya, berpakat dan berkomplot bersama Ultras MalayaUltras No9ori dan Ninth Mania. Komplot pertama berjaya di adakan di kedai Popia Kuala Kangsar di perkarangan STAR [KOMPLOT PERTAMA ULTRAS NO9ORI] pada 15 Januari 2011. Komplot ini kemudiannya bersepakat untuk menubuhkan 'KOMPLOT SULIT 30' yang juga diwakili oleh tiga orang dari Jang Brigade.

banner hand-made pertama JB pada perlawanan pertama liga super 2011

No comments:

Post a Comment