Majlis Perkahwinan Syafiq (16tahun) & Yana (14tahun)

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena
 Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya  dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang  internet terutamanya di laman You Tube.
 Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali.
 Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah  dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan  keluarga mereka sendiri.
 Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.
 Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas  tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.
 Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana.
 Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai  suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan  mereka masing-masing masih lagi bersekolah.
 Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang  masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
 Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.
 Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja  berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah  dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah  mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?
 Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu.
 Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah  tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak  keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.
 Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
 “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka  menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku,  agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
 Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat  mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang  memungkinkan diri kita melakukan maksiat.
 Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda  atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan  sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri  sendiri.
 Mengapa berkahwin muda?
 Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki  dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan  perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya  dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.
 Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan  wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan  disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan  peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang  mematuhinya.
 Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan  atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang  menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
 “Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu  yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka  tiada mengetahui.” Yaasin: 36.
 Wallahualam
 http://www.youtube.com/watch?v=-h0yh-rDcjo

 
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
ReplyDeleteKAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.
KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.